Pakatan pilih cara aman tukar kerajaan – Anwar

KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) – Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.

“Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh,” katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi.

Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

“Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.

“Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan,” katanya.

Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan.

Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS tetap menjadi penaju utama kepada kerajaan baru.

Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja.

Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.

“Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.

“Dato’ Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang,” tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak.

Hujah itu turut disokong Husam yang mahu Perdana Menteri menggunakan baki kuasa yang ada sekarang kerana penggunaan ISA muktahir ini begitu meragukan sekali.

“Tidak pernah berlaku orang yang dikatakan kena ugut ditahan dan orang yang mengugut pula bebas di luar,” katanya.

Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti semakin ketara.

Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib.

Saifuddin menjelaskan biar pun Najib menggantikan Abdullah pada Mac depan ia tidak menjanji apa-apa perubahan kepada rakyat kerana dasar parti tetap sama.

“Institusi polis, peguam negara, badan rasuah masih lagi terkial-kial sekarang. Kerajaan yang diketuai Najib juga tidak menjanjikan masa depan yang baik.

“Oleh itu anggota-anggota parlimen BN dipelawa menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar telus dan adil dapat dibentuk melalui simple majority,” ujarnya. – mj _

Jangan jejaskan negara – Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) – PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan kedudukan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia.Walau bagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

“Saya berharap agar dalam tempoh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melaksanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahakannya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan,” katanya.

Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu, katanya.

Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara, katanya.

Presiden PAS juga berharap Perdana Menteri tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.

PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat, ujarnya.

Semalam, Abdullah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN memberitahu beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib sejurus beliau terpilih secara rasmi sebagai Presiden Umno kelak.

“Saya harap Dato’ Seri Najib… anda tahu mengapa saya kata ‘harap’? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.

“Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden UMNO dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya…saya harap beliau jadi Presiden,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan keputusannya tak mempertahankan jawatan itu adalah muktamad.

Beliau juga menolak anggapan didesak untuk mengambil keputusan berkenaan. – mks. _

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac

Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.

Sebelum ini, Abdullah – dalam pelan peralihan kuasanya – bersetuju untuk menyerah kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan ramai yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.

pak lah umno supreme council special meeting 260809 02“Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

Hubungan baik

“Tidak ada kena mengena dengan semua itu (tekanan). Ia berhubung kait dengan kerja saya. Apabila kerja habis, habislah.”

Perkara itu juga, tambah Abdullah, tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tergempar pagi ini.

“Tidak ada apa-apa. Pada hari ini tidak ada langsung (bincang) tentang perkara itu. Mungkin ada dua, tiga orang yang kata begitu. Tetapi tidak ada satu-satu sebab hendak tekan, sebab mereka tahu hubungan saya dengan Najib baik.

“Dalam apa-apa perkara pun, kami mempunyai persefahaman yang baik. Tidak ada masalah patut timbul dalam perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

bm version umno polling dates and quota for 2008 party polls 250908 march 2009Perkara itu diputuskan kerana perubahan tarikh mesyuarat di peringkat itu “tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan” kepada parti, tegas Abdullah.

Putuskan sebelum 9 Okt 

Keputusan itu disifatkan sebagai “bukan sesuatu yang menyusahkan” bahagian dan telah diterima ahli MT.

Abdullah juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober depan.

“Apa-apa keputusan saya akan buat sebelum mesyuarat bahagian,” katanya.

“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Kamu boleh terus meneka tetapi keputusannya milik saya.”

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibu pejabat Umno pagi tadi.

pak lah umno supreme council special meeting 260809 03Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan timbalannya sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi. 

Mesyuarat MT ini merupakan pertemuan kedua pada bulan ini, selepas mesyuarat bulanannya pada 18 September.

Tidak akan bercuti

Kebiasaannya, mesyuarat MT hari ini juga diadakan pada sebelah petang tetapi kali ini ia diadakan pada sebelah pagi.

Ditanya sama ada beliau akan bercuti, Abdullah menjawab: “Ada banyak kerja nak buat.”

Beliau juga tidak berniat meninggalkan Umno dan perkara itu dibuktikan dengan rekodnya bersama parti itu yang “bersih”.

“Saya cintakan parti saya. Walaupun pada masa yang sukar saya tidak tinggalkan. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti lain.

“Saya tidak pernah berada atas landasan pembangkang. Tidak ada rekod saya yang menentang parti pun, pada bila-bila masa pun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.

Najib berada di sisi kanan Abdullah sepanjang sidang akhbar tersebut.

Nasib Ku Li belum tentu, Abdullah pasti diundurkan

Orang-orang media cukup marah jika mereka diboikot atau ditempelak akibat sikap berat sebelah, penggelapan serta memutarbelitkan isu dalam melaporkan sesuatu peristiwa.

Sikap sebegini diambil bukan sahaja terhadap orang-orang politik atau Pertubukan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak menyebelahi Barisan Nasional, malah kalangan orang-orang Umno yang berbeza pendapat dengan kepimpinan yang ada, turut akan dimangsakan.

Namun itulah hakikat yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengadakan pertemuan dengan bloggers dan media di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini 21 September lepas.

Asalnya pertemuan tersebut dianjurkan bertujuan untuk Ku Li mendengar pendapat para bloggers dalam isu-isu tertentu untuk diketengahkan. Bagaimanapun ia bertukar menjadi sidang akhbar akibat soalan bertalu-talu dari pihak media.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir dua jam isu, Ku Li yang berhasrat menentang Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengupas segala persoalan politik dan ekonomi serta isu-isu dalaman Umno.

Ku Li hanya bercakap beberapa minit sahaja apabila mempersoalkan usaha Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan cabaran yang dihadapinya untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun media pro BN yang jelas menjadi alat pengampu Abdullah hanya menyiarkan pandangan Ku Li tentang Anwar, perbincangan topik-topik lain digelapkan.

Hasrat Ku Li begitu jelas, jika beliau dipilih sebagai Presiden Umno dan menjadi Perdana Menteri, beliau akan merombak keanggotaan Kabinet yang ada dan menubuhkan sebuah ‘unity government’ yang menggabung semua pihak.

Ku Li sedar beliau terpaksa menempuhi ranjau yang amat sukar. Namun beliau tidak pernah mengenal erti putus asa. Beliau tetap mahu mencuba walaupun pernah tewas sekali (1987) dan ‘tidak layak’ bertanding pada tahun 2005.

Image Membetulkan Umno yang sudah tersasar

Apabila ditanya media, bagaimana beliau boleh mendapat pencalonan dalam mesyuarat Bahagian Umno yang akan diadakan mulai Oktober depan, Ku Li secara sinis berkata, setakat ini Abdullah Badawi juga belum tentu mendapat pencalonan.

“Jika Dollah (Abdullah) berundur akibat desakan orang-orang Umno, soal pencalonan untuk beliau tidak timbul sama sekali,” katanya.

Katanya, ada kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno memberitahu, ‘mood’ ahli Umno di akar umbi terhadap Abdullah sudah tiada.

Maksudnya, sikap enggan menerima Abdullah sebagai Presiden Umno begitu ketara ditunjukkan ahli Umno sehingga desakan supaya beliau berundur kedengaran di seluruh negara.

Ku Li menegaskan beliau menawarkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Umno bukan untuk melawan sesiapa, beliau hanya mahu memperbetulkan Umno, BN dan negara yang sudah dibawa tersasar jauh dari landasan yang asal.

Katanya, beliau mahu ‘overhaul’ Umno, membawa kembali anak muda yang sudah lari daripada Umno.

Ditanya sama ada beliau mempunyai hubungan atau ‘team mate’ dengan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ku Li berkata, beliau tidak mempunyai pasukan khusus seperti pertandingan Umno 1987.

Menurutnya, kebetulan beliau menemui Muhyiddin ketika diundang bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Putrajaya.

Setibanya di situ, beliau mendapati selain Mahathir dan Muhyiddin, turut hadir ada sama di situ ialah bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid dan Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

“Saya tidak diundang untuk hadir ke mesyuarat, saya tidak tahu pun ada mesyuarat, jadi saya cuma hadir dalam perbincangan mereka,” katanya.

Antara lain beliau diberitahu, veteran-veteran yang berkumpul tidak lain tidak bukan membincangan masa depan Umno dan negara yang semakin rosak akibat kepimpinan Abdullah Badawi.

Justeru pada ketika itu timbulnya cadangan untuk meminta Dr Mahathir membantu untuk membetulkan keadaan. Keadaan tidak boleh dibetulkan jika Mahathir bukan ahli Umno, maka dirumuskan suatu pandangan, supaya usaha dibuat untuk membawa kembali Mahathir harus disegerakan.

Halangan dalam pemilihan Umno

Masalah yang paling besar menurut Ku Li ialah halangan ‘politik wang’ yang sudah merajai pemilihan Umno saban tahun.

“Saya dengar calon-calon yang bertanding harus menyediakan peruntukan yang besar untuk mendapatkan pencalonan, terus terang saya katakan, saya tiada wang,” katanya.

Daripada makna kata beliau, jika ada kalangan anggota Umno di peringkat bahagian yang mahu menagih wang sebagai upah mencalonkan beliau, awal-awal lagi beliau enggan dibabitkan dengan politik wang.

“Jangan rosakkan Umno dengan politik wang,” katanya, sebagai satu teguran kepada semua pemimpin dan anggota Umno, jika ada antara mereka yang ketagih dengan habuan wang.

Menurut sumber lain, ada kalangan kaki kempen mendakwa, sekarang ini ‘demand’ anggota Umno di akar umbi begitu besar sekali.

“Kami diminta untuk menyediakan antara RM2 juta hingga RM4 juta satu bahagian,” dakwa beliau.

Jika dakwaan beliau itu benar, memang Umno betul-betul hebat! Hebat yang bakal membawa parti itu melingkup tidak lama lagi.

Antara halangan yang dibangkitkan ialah peraturan ‘Tataetika Ahli Umno’ yang dipersetujukan oleh MT Umno pada 27 Mac lepas.

Tataetika ini jelas melarang calon yang bertanding untuk berkempen. Antara yang dicatatkan Perkara 2.1.3 Tataetika Ahli Umno menyebutkan, “Balasan’ termasuklah apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah, pakej percutian, makanan/jamuan, tambang gelaran/anugerah dan perkara-perkara lain yang dinyatakan di dalam tataetika ini.”

Antara lain kandungan buku tataetika setebal 23 muka surat tersebut mencakupi soal salahlaku, sogokan, rasuah, penggunaan kekerasan dan ugutan, fitnah, ejen, pelobi serta majlis pertemuan yang bertujuan untuk meraih undi.

Pada dasarnya menurut sumber, peraturan sebegini ketat untuk pemimpin yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti, bertujuan bagi mengelakkan Umno lebih parah.

Namun banyak pendapat kalangan Umno, kebanyakan peraturan yang dimuatkan dalam tataetika banyak menguntungkan pihak atasan yang mempunyai kuasa dalam kerajaan.

Misalnya dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, bahawa Abdullah melanggar tataetika parti dengan menggunakan wang JASA, Kementerian Penerangan (peruntukan kerajaan) untuk diagihkan kepada ketua-ketua Umno cawangan yang terbabit dalam pertemuan dengan beliau.

Walaupun Zahar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), tetapi sehingga kini Abdullah tidak pernah tidak disiasat.

“Tetapi, terdapat banyak pemimpin Umno di peringkat MT dan bahagian dirujuk ke Lembaga Disiplin Umno kerana didakwa terbabit politik wang, ini tidak adil,” kata Ku Li.

DEB bukan untuk orang Melayu

Tengku Razaleigh juga diajukan persoalan mengenai sikap Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi Baru, yang penulis sifatkan ianya sebagai ‘hate question’ iaitu bertujuan untuk ‘membelasah’ ketua pembangkang itu.

Dalam soalan itu Anwar cuba dirujuk sebagai orang yang bakal menggadaikan maruah bangsa Melayu kerana hubungan akrabnya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Apa yang mengejutkan penulis ialah jawapan Ku Li.

Menurutnya, beliau adalah antara pemimpin yang terlibat dengan usaha merangka DEB, bersama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ketika itu berada dalam suatu suruhanjaya.

“DEB tidak dirangka untuk orang Melayu sahaja, ianya adalah untuk semua kaum,” tegas Ku Li.

Katanya, selepas berlaku Peristiwa 13 Mei 1969, pemimpin-pemimpin parti yang memerintah dan pembangkang, bekerjasama dalam permuafakatan, bagi memberikan keadilan ekonomi untuk semua kaum.

Cumanya kata Ku Li, terdapat pemimpin tertentu yang menyalahgunakan DEB untuk kepentingan politik mereka dan kroni-kroni.

“Orang Umno sendiri pun ramai yang menentang DEB, bukan dari sudut dasarnya, tetapi perlaksanaannya, kerana mereka juga tidak memperoleh sesuatu darinya,” kata beliau.

Bagi penulis, apa yang disebutkan Ku Li mengenai DEB ini amat mengejutkan! Selama ini seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu ditipu bulat-bulat oleh pemimpin Umno.

Mereka mengatakan DEB dirangka untuk membantu orang Melayu dan sesiapa yang menentangnya adalah pengkhianat Melayu.

Nah! Ramainya orang Melayu, termasuk barangkali yang berada dalam parti pembangkang, tertipu dengan retorika pemimpin Umno.

Apakah selama ini Umno benar-benar memperjuangkan Melayu tulen? Apakah Umno menjadi pelindung sebenar agama Islam?

Persoalan ini sebenarnya sudah ada jawapan. Hanya mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan menyangka Umno masih kuat sahaja yang sering tertipu.

Semua ini membuktikan Abdullah, Umno dan BN sudah tidak lagi relevan pada rakyat dan menunggu dijatuhkan bila-bila masa sahaja.

(Artikel ini disiarkan dalam Harakah bilangan 1378 yang sedang berada di pasaran hari ini

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak m

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

“Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?” katanya kepada Harakahdaily.

“Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,”

Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato’ Seri Najib Razak.

“Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.

“Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini,” ujarnya.

Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.

Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.

“Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,”

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 – RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 – RM 1.71 = RM 0.74 per liter. – mr_

<!––>eringankan beban rakyat.

Majoriti Melayu dan rakyat tolak ISA

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) – Ketika para pemimpin Umno tidak putus-putus dengan dakwaan kononnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) direstui oleh majoriti senyap atau silent majority, tinjauan pendapat yang dibuat oleh Merdeka Centre membuktikan sebalikinya.Sejak kebelakangan ini, beberapa kenyataan pemimpin Umno juga seolah-olah mahu memberi gambaran penggunaan ISA direstui oleh orang-orang Melayu.

Bertentangan dengan gambaran yang cuba diberikan oleh para pemimpin Umno itu, tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Centre itu dengan jelas membuktikan bahawa majoriti orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak percaya ISA perlu digunakan untuk memelihara keselamatan negara.

Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.

70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.

Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

PM tidak peduli

Tinjauan-tinjauan Merdeka Centre sebelum digunakan oleh para pemimpin Umno sendiri terutama tinjauan yang menyatakan Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti Melayu sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun bulan lalu, apabila ditanya tentang kajian Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun di bawah paras 50 peratus buat pertama kalinya sejak 2004, Perdana Menteri berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian itu.

Melaporkan secara detail dalam blognya (kuda-kepang.blogspot.com), blogger Umnno, Datuk Ruhanie Ahmad mendedahkan bahawa tinjauan Merdeka Centre mendapati hanya tujuh peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu seterusnya mendedahkan, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Beliau juga mendedahkan, hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa Umno memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati.

Responden yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), katanya, lapan peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot mendadak

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini, katanya, merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari – 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac – 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April – 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah �favourable�. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya �favourable� berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak �favourable� mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari – 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai – 14 Julai 2008)._

Pakatan Rakyat desak adakan sidang tergempar parlimen

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) – Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.

Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).

Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.

Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain. – mns_

Tukar portfolio, talian hayat Abdullah/Umno – Mahfuz

SEREMBAN, 17 Sept (Hrkh) – Pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini disifatkan sebagai satu lagi kaedah Abdullah menyelamatkan dirinya dan Umno

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakhdaily hari ini bagi mengulas senario kekalutan Abdullah merombak kabinet serta-merta.

Bernama melaporkan, Abdullah dan Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.

Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.

Mengulas lanjut perkembangan itu, Mahfuz menyifatkan Abdullah merombak kabinet hanya kerana bimbang dengan senario dalaman Umno yang tidak menyebelahinya.

Malah pelan peralihan kuasa yang dirancang Abdullah-Najib tidak diterima kalangan Bahagian Umno, dan ini sedikit sebanyak menggoyahkan kedudukan Abdullah, katanya.

Mengapa Abdullah pegang pertahanan?

Selain itu ujar Mahfuz, terdapat kebimbangan dengan tindakan Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib kerana ini katanya mungkin untuk mempergunakan kementerian itu sebagai talian hayatnya.

“Saya bimbang dengan kedudukan Abdullah di Pertahanan yang memungkinkan penggunaan tentera jika keadaan mendesak tatkala mereka juga bimbang dengan senario perubahan kerajaan yang diusahakan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Walaupun pada 16 September perubahan tidak berlaku, tetapi Abdullah sendiri bimbang dnegan ebarang kemungkinan dalam masa terdekat bahawa perubahan itu akan berlaku juga, kata Mahfuz.

Mahfuz juga menempelak kelemahan Abdullah yang baginya tidak bertanggungjawab terhadap portfolio lamanya sebagai Menteri kewangan selepas membentangkan Belanjawan 2009 yang belum sempat dibahas di Parlimen.

Tidak fikir hal rakyat

Akhirnya, kata Mahfuz Najib pula yang terpaksa menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Abdullah kerana kelemahan Abdullah sendiri.

“Ini satu signal jelas kepada rakyat bahawa kelemahan Abdullah sudah berada dikemuncaknya, dan perlu segera pertukaran kerajaan dilakukan, kata Mahfuz.

Mahfuz juga mempertikai keenganan kerajaan menurunkan harga minyak tatkala harga minyak dunia kini turun kepada USD 92 setong, dan janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak hanya palsu.

“Ini semua kerana Abdullah tidak memikirkan hal rakyat, tetapi hanya fikir selamatkan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Abdullah yang bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Najib di Putrajaya ini, berkata portfolio kewangan adalah penting dalam mengambil kira situasi ekonomi semasa dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Katanya beliau yakin Najib akan dapat melaksanakan peranannya yang amat penting itu terutama dalam memastikan ekonomi teguh dan kuat menghadapi cabaran.

Abdullah berkata dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan kini, beliau (Najib) boleh memainkan peranan yang lebih penting apabila berada di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.

Ini kerana, sebagai Menteri Kewangan, Najib akan dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York nanti, kata Perdana Menteri.

Abdullah turut mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Abdullah.

Ganti Abdullah kelak

Najib pula berkata langkah Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Kewangan menggambarkan keikhlasan Abdullah bahawa beliau adalah penggantinya kelak.

“Ia melambangkan keyakinan Perdana Menteri pada saya sebab saya akan sentiasa bincang dan rujuk pada Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan ekonomi, hala tuju ekonomi dan keutamaan ekonomi, supaya dasar-dasar kerajaan lebih jelas dan tepat,” kata Najib.

Ditanya mengenai penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, Abdullah berkata: “Lagi turun lagi baik.”

Harga minyak mentah dunia semalam mencatatkan US$92 setong.

Bagaimanapun Abdullah berkata penurunan harga minyak dunia itu juga akan menyebabkan pengurangan pendapatan Petronas.

Ditanya sama ada harga pengguna bagi petrol dan diesel akan dikurangkan, Abdullah berkata: “Tunggulah lain kali.” _

ISA: Anwar mahu jumpa Pak Lah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia.

Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibupejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin.

pakatan meeting isa arrests 130908 anwarDalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan perdana menteri telah dipersetujui secara bersama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini.

Beliau mendakwa penahanan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah satu cara untuk menakut-nakutkan ahli parlimen dan rakyat dan jelas ia melanggar hak asasi seseorang.

Penahanan Teresa dan dua orang lagi – Blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng – dibuat menjelang tarikh Anwar merancang mengambil alih kuasa pada 16  September depan. Tan dibebaskan hari ini.

Anwar mendakwa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai  Pakatan – cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ditanya cadangan pertemuan dengan Anwar itu ada kaitan dengan peralihan kuasa, Anwar menjawab, ianya mengenai masa depan negara tanpa bercakap khusus mengenai peralihan kuasa.

Katanya, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan supaya membebaskan Teresa dan Raja Petra.

Menjawab soalan, Anwar tidak menolak kemungkinan penahanan lebih ramai pemimpin Pakatan.

Anwar juga berkata, rancangan peralihan kuasa pada 16 September tidak ada kaitan dengan penahanan ISA, apabila ditanya sama ada beliau akan menangguhkan rancangannya itu untuk meredakan ketegangan politik ekoran kemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dibuat.

“Keutamaannya ialah kestabilan politik. Ianya bukan isu penangguhan, kita mempunyai jumlahnya untuk bergerak dan kita akan bergerak mengikut mandat. Kita tidak mahu membenarkan kerajaan mewujudkan ketidakstabilan politik dengan menggunakan isu kaum,” tegasnya.

Katanya, selain kestabilan politik, satu lagi isu utama yang perlu ditangani Pakatan ialah sejumlah besar ahli Parlimen BN berada di luar negeri, selepas mereka dihantar mengikuti lawatan sambil belajar mengenai pertanian di Taiwan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan Umno yang didakwanya memainkan isu perkauman dan jelas mereka berada dalam keadaan terdesak.

Rakyat gelisah

Sehubungan itu, penasihat PKR itu menyatakan komitmennya bersama pimpinan Pakatan untuk tidak membenarkan kerajaan mewujudkan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat.

pakatan meeting isa arrests 130908 anwar guan engKatanya, beliau bersama pimpinan yang lain akan sentiasa mengadakan perbincangan mengatur langkah seterusnya sekiranya Raja Petra dan Teresa tidak dibebaskan.

Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaafar menyifatkan penahanan Raja Petra dan Teresa di bawah ISA sebagai satu tindakan yang kejam dan zalim.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menahan mereka dalam bulan Ramadan yang sepatutnya beliau menjaga kemuliaan bulan tersebut.

“Tetapi Ramadan tahun ini perdana menteri menahan orang yang tidak bersalah,” kata Kamarudin.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dengan nada kesal dan sedih menyalahkan kerajaan yang tidak menghormati keselamatan awam dan tidak menghormati wartawan.

Desak bebas tanpa syarat

Beliau juga berasa sedih kerana kerajaan tidak membebaskan Teresa yang telah dipilih oleh rakyat sebagai ahli parlimen dan sebagai exco kerajaan negeri Selangor.

Ekoran itu, beliau menyifatkan penahanan Raja Petra dan Teresa sebagai penghinaan terhadap demokrasi di Malaysia dan sebagai tindakan membalas dendam kepada Pakatan yang berhasrat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Oleh yang demikian, dalam satu kenyataan akhbar bersama yang diedarkan semasa sidang media itu, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tanpa syarat.

“Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka,” jelas kenyataan itu yang ditandatangani bersama oleh Anwar, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, antara langkah lain yang diaturkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat ialah mereka akan mengadakan himpunan secara aman bersama kerajaan Selangor di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September ini bagi merayakan Hari Malaysia.

10 tahun Reformasi, bahtera BN karam?

Tarikh keramat 2 September lalu disambut oleh gerakan Reformasi dengan tertabalnya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar sekali gus dipersetujui oleh PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Penasihat PKR boleh dikatakan antara ahli politik yang paling beruntung di Malaysia.

Sewaktu bersama Barisan Nasional, beliau memegang jawatan tertinggi seperti timbalan perdana menteri dan pernah merasai jawatan pemangku perdana menteri pada 1997 ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti keluar negara buat sementara.

Sekarang apabila bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya di luar BN, Anwar menang dengan bergaya (majoriti yang besar) dan masuk ke Parlimen dan kini memegang jawatan paling berpengaruh dalam pakatan pembangkang iaitu ketua pembangkang bagi menggantikan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Usaha bunuh politik Anwar

Sepanjang tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos lalu, kita dapat saksikan bagaimana BN menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk media arus perdana untuk membunuh karier politik tokoh PKR itu.

Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang berjanji untuk memastikan RTM memberikan laporan yang adil terhadap semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ternyata berbohong apabila saluran awam itu dijadikan sebagai mesin propaganda BN.

Antara usaha-usaha BN untuk mengalahkan Anwar ialah dengan memupuk budaya bersumpah atas nama Tuhan.

Sehari sebelum hari penamaan calon, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar.

Sumpah laknat ini dilihat bertujuan mengurangkan sokongan orang Melayu terhadap Anwar kerana pengundi-pengundi Cina dan India tidak menjadikan isu sumpah sebagai faktor untuk memilih calon dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen itu.

Akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sewaktu hari penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang majoritinya orang Melayu hadir untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

Tidak cukup dengan sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful, timbalan perdana menteri Najib Razak juga bersumpah.

Najib bersumpah bukan untuk mengakui bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar, akan tetapi untuk menafikan bahawa beliau pernah mengenali dan bertemu dengan seorang wanita Mongolia apabila sering dilemparkan tuduhan beliau ada hubungan dengan Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan menggunakan bom C4 pada 2006 (dan kini kes tersebut masih dibicarakan).

Sumpah Najib juga gagal menarik perhatian orang Melayu untuk meninggalkan Anwar.

Bahtera mula karam

Dua hari sebelum 26 Ogos, hari pengundian di Permatang Pauh, bahtera Umno terlanggar dengan ketulan ais besar dan menyebabkan ia bergoncang.

Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi kepada sumpah laknat Mohd Saiful, naik di atas pentas ceramah Pakatan Rakyat bersama-sama dengan mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat dan Anwar, mendedahkan bahawa beliau sebenarnya dipaksa oleh pihak atasan untuk menghadiri sumpah pemuda itu.

Lemah lutut Najib dan jentera Barisan Nasional.

Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk mengesahkan sumpah Mohd Saiful setelah tercemar dengan pengakuan Ramlang. Namun ia langsung tidak dapat menahan ombak deras kebangkitan rakyat.

Apabila keputusan pilihanraya kecil itu diumumkan, Anwar mendahului calon BN Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (calon Akim). Misi BN untuk mengurangkan majoriti Anwar gagal.

Anwar menang dengan mendapat 31,195 undi berbanding dengan Arif Shah yang mendapat 15, 524 undi. Hanafi hanya mendapat 92 undi.

Mohd Ezam Mohd Nor dan teman-temannya (yang belot daripada perjuangan PKR) sudah pasti mulai sedar tentang siapa diri mereka sebenarnya. Tanpa Reformasi dan gerakan rakyat, Ezam dan teman-temannya hanyalah manusia biasa.

Ternyata kemasukan Ezam dan teman-temannya dalam Umno tidak membantu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Umno, akan tetapi ia menyebabkan pencapaian Umno dan BN lebih merosot berbanding dengan pilihanraya umum 8 Mac.

Saya sempat berada di Institut Perguruan Tuanku Bainun tempat keputusan pilihanraya kecil tersebut diumumkan. Apa yang menghairankan, semenjak petang lagi tidak ternampak seorang pun penyokong Barisan Nasional datang untuk menunggu keputusan pilihanraya tersebut diumumkan.

Mungkin Barisan Nasional sudah mengetahui keputusan pilihanraya tersebut dengan lebih awal dan ramalan ini mendorong BN menyuruh kesemua penyokongnya untuk pulang meninggalkan Permatang Pauh yang terkenal dengan keenakan masakan Nasi Kandar Melayu.

16 September jadi kenyataan?

Hari ini, desas-desus Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September ini menjadi semakin kuat dengan kembalinya Anwar sebagai anggota parlimen.

Dalam beberapa majlis, Anwar memberitahu media bahawa tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat masih lagi pada 16 September.

Semalam, ketua perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangkakan lebih 40 ahli parlimen akan melompat daripada Barisan Nasional.

Dengan penuh yakin Dominique Ng berkata, “Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar.”

Perkembangan ini menggoyangkan lagi pimpinan-pimpinan BN kecuali Mohd Ezam. Dalam wawancara bersama akhbar Sinar Harian awal September yang lalu, Ezam mengatakan bahawa 16 September adalah dongeng ciptaan Anwar untuk mengalihkan perhatian.
Persoalannya sekarang, percayakah Umno kepada cakap-cakap Mohd Ezam?

Ujian demi ujian yang diberikan oleh Umno terhadap bekas ketua Pemuda PKR satu persatu menemui kegagalan.

Pelbagai insiden berlaku seperti kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail bahawa Cina adalah kaum pendatang dan tidak boleh mendapat hak sama rata sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh menyuntikkan lagi vitamin kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Parti komponen Barisan Nasional seperti parti Gerakan dan MCA juga telah mula bising dan membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Permohonan maaf Najib bagi pihak Umno kepada kaum Cina tidak dapat diterima. Mereka mahu Ahmad dikenakan tindakan tegas dan didakwa bawah Akta Hasutan.

Jangan kita terkejut pada tanggal 16 September ini jika Gerakan dan MCA juga antara parti-parti komponen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat!

Pertembungan dalaman Umno

Ketika desas-desus 16 September hangat dibincangkan, pertelagahan demi pertelagahan beraku dalam Umno. Perebutan jawatan dan kekuasaan telah berada di tahap kemuncak.

Baru-baru ini di Kota Bharu, seorang ketua Umno cawangan cedera parah akibat disimbah adis oleh lelaki yang tidak dikenali.

Sementara itu pada mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Sungai Machang Hilir, Lenggeng kecoh dan berlaku kejadian tolak-menolak dan kejadian membaling telur tembelang.

Dua insiden kecil ini antara contoh mengenai perpecahan yang sedang berlaku dalam Umno pada hari ini. Pemimpin-pemimpin Umno kini tidak lagi sayangkan parti mereka.

Yang mereka pentingkan kini hanyalah jawatan dan kuasa. Melalui jawatan dan kekuasaan, wang mudah untuk diperolehi.

Pergaduhan dan pertelagahan akan berlaku dengan lebih banyak lagi menjelang perhimpunan agung Umno, Disember akan datang. Akan tetapi pada ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.

Anwar dan Pakatan Rakyat berkemungkinan sudah berjaya mengaramkan bahtera Umno yang telah mengemudi negara semenjak 1957.

Regim Umno dan Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan) yang tertua di dunia sedang berada dalam keadaan nazak.
Setakat ini, tidak ada apa-apa ubat atau doktor pakar yang mampu menyelamatkan mereka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.